TEKNIK MENJAWAB BAHASA MALAYSIA SPM - KERTAS (1) 2011
OLEH : PUAN SALINAH BINTI ABAS
GURU CEMERLANG BAHASA MALAYSIA
BENTUK KARANGAN
BAHAGIAN A : KARANGAN BERPANDU/BAHAN RANGSANGAN
1 SOALAN SAHAJA (30 MARKAH)
BAHAGIAN B : KARANGAN RESPONS TERBUKA
5 PILIHAN SOALAN (100 MARKAH)
PANDUAN MENGARANG
Ø Membaca
Ø Memahami
Ø Memikir
Ø Merangka
Ø Mengarang
Ø Menyemak
KOMPONEN PENTING DALAM PENULISAN KARANGAN
1. Mesti ada perenggan pendahuluan, perenggan-perenggan isi dan perenggan penutup
2. Perenggan pendahuluan, isi dan penutup mestilah terdiri daripada ayat-ayat berikut :
Pendahuluan
Ø Ayat Tema (AT) – menyentuh tema secara umum untuk merangsang pembaca
Ø Ayat Arahan (AA) – menyentuh kehendak atau kata kunci soalan
Isi
Ø Ayat Isi (AI) – menyatakan isi penting
Ø Ayat Huraian (AH) – menghuraikan isi karangan
Ø Ayat Contoh (AC) – mengukuhkan isi dan huraian dengan contoh yang relevan
Ø Ayat Penegas (AP) – memberikan penegasan terhadap isi
Penutup
Ø Ayat Kesimpulan – memberikan pendapat secara keseluruhan tentang karangan (A.Kesi)
Ø Ayat Pendapat/ – memberikan pendapat tentang sesuatu (A.Pendpt)
Ø Ayat Cadangan / – mengandungi cadangan untuk mengatasi atau menangani sesuatu (A. Cada)
Ø Ayat Penilaian/ – membuat penilaian tentang sesuatu perkara (A.Peni)
Ø Ayat Harapan – mengandungi harapan penulis berkaitan dengan sesuatu perkara (A.Harap)